Hatyai town & Nite Market

Day 1 (sambungan)

Busynye sepanjang minggu ini. Aku curik-curik masa sket update blog. Huhuhu.. Kami di bawa ke Hotel Yong Dee untuk penginapan. Selepas pembahagian bilik, masing-masing mengambil kesempatan untuk tidur, membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kepada Allah. Sambil-sambil melepak, rehat-rehat aku dan member-member berbincang destinasi seterusnya. Agak-agak dah hilang penat, kami bersiap-siap untuk keluar. Kami berkumpul di lobi. Aktiviti kami pada malam hari adalah free and easy.. suka hati korang nak pegi mana. So kami meronda-ronda disekitar town untuk membeli belah. Aku compare, souvinier di sekitar town dekat-dekat area hotel kami ni lebih murah harganya berbanding di nite market dan Lee Garden.

sepanjang trip ni kami 'selalu' bersama...
Sempat juga kami jumpa ex guide kami, Abg Nan. Dah puas merayau-rayau di Hatyai town, kami menaiki tuk-tuk untuk pergi ke nite market untuk berjumpa dengan Abg Nan. Standard tambang yang dikenakan adalah 20THB sehala seorang. Macam-macam barang ada dijual di sini, termasuk makanan. Nite market di Hatyai ni dibuka setiap hari. Kami berpecah untuk membeli belah, dan berjanji akan berjumpa di tempat kami diturunkan tadi.

kedai sekitar Hatyai town
sempat lagi posing-posing...
Tuk-tuk yang membawa kami ke nite market
serius je.. tunggu sape?
kasut sekasut kasutnya...
keadaan parking nite market
keadaan nite market..
deretan gerai menjual makanan












Dah selesai bershopping, perut pulak terasa lapar. Aku ngan partner menuju ke tempat yang dijanjikan. Sementara menanti 'kembar tak seiras' habis shopping, kami bergambar-gambar di sekitar nite market.


Agak lama jugak tunggu 'kembar' tu, adalah dalam setengah jam. Rupa-rupanya mereka tak nak makan, sebab sambil-sambil shopping tadi dah makan macam-macam katanya dan belum habis shopping lagi kata si 'kembar'. Kami yang kelaparan ni, mengambil keputusan untuk makan di area nite market juga. Nasib baik ada abg Nan, beliau la yang membawa kami ke gerai tersebut. Di nite market ni terdapat banyak gerai-gerai menjual makanan dan kebanyakkannya adalah halal. Selain tu, terdapat juga makan eksotik di sini. Nanti aku share. Pada malam tu, dinner kami di taja oleh Abg Ray.. kalo korang tengok gambar kat atas, orang yang membelakangkan kami tu la Abg Ray.

sebahagian gerai makanan di nite market
Kami di bawa ke gerai menjual beraneka jenis sup. Aku lapar giler.. terus order nasi putih dengan sup perut. Member aku pulak order bihun sup. Tapi, sup dia memang sedap... dan pedas gilerrr.. kat sini cili padi murah kot. Di samping tu, aku beli jugak cucuk-cucuk, makanan dengan sos dia yang manis dan pedas gilerrr jugak.

sup perut yang pedas..tapi sedapp.. terbaeek wokk
ni la abg nan
bihun sup pilihan ena
sedap tak?
 Dah habis makan, kami nak cari desert plak. Si 'kembar' bagitau kami mereka ada makan aiskrim. Sedap rasanya. Apa lagi... kami suruh la mereka bawak kami ke gerai tu. Sebelah gerai tu la ada jual makanan eksotik. Aku share gambar ye..

makanan eksotik....nak try?
agak-agak korang model yang mana lebih menyerlah?hehehe....


sedap dan murah... harga mangkuk besar baru 25THB. Berbaloi-baloi...
 Dah puas berjimba-jimba di nite market, kami sekali lagi mengambil tuk-tuk untuk pulang ke hotel. Ada 2 orang daripada kami nak buat full body massage. Jadi, kami ikut beramai-ramai menemankan mereka untuk buat full body massage. Kalau datang Thailand ni, better korang urut la.. tak kisah la urut kaki ke, badan ke apa ke sebab bila dah penat-penat berjalan, elok la urut bagi betulkan urat. Full body massage kat sini murah je 300THB untuk 2 jam. Murah kan? Korang boleh pilih nak tukang urut laki ke perempuan.


walau mengantuk.. tetap..
Dua jam menanti, bayangkan la.. macam-macam boleh buat dalam masa 2 jam tu. Takpe la.. kawan-kawan punya pasal, kami menanti dengan penuh kesabaran. Tahan je la mata masing-masing. Pukul 2 am jugak la kami balik bilik. Esok pagi-pagi kena bangun sebab nak ke Krabi. Dah sampai bilik bukan tido, bercerita-cerita tup-tup pukul 4 am. So..confirm esok sambung membuta dalam bas.




0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member