Rapid Shooting & Perkampungan Orang Asli

Hari Pertama (31 March 2012)-Part 3

Part 2 sila kelik sini

Tepat jam 3.30 pm, kami dah ready untuk memulakan aktiviti kami yang pertama, iaitu rapid kl....eh..shooting. Kami ingatkan kami akan join dengan group lain untuk aktiviti lain, tapi brader Azman kata, kami je yang mendaftar untuk buat aktiviti dengan mereka pada time ni. Group lain, semua bulan April-June. Full book katanya. So.. kirenya kami dapat kredit lebih sebab tak bercampur dengan group lain. Agak privacy. Kami menunggu boat di restoran terapung. Masa tunggu boat tu, kami disuruh membungkus beg, sebab akan basah sepenuhnya nanti. Boat tu agak horror hokeh? Teroleng-oleng boat tu. Kami naik ke boat dengan perlahan-lahan, sambil dalam hati berdoa, agar dijauhkan dari segala bencana. "Ready semua?..Dah bungkus beg dan handphone? Jom gerak" kata brader Azman dan boat bergerak laju meninggalkan restoran terapung tu tadi. Ecehh...

di jeti...restoran terapung tunggu boat datang
pose sebelum basah...
Laju giler pakcik ni bawak boat. Ye la.. mane leh slow-slow, nanti bukan rapid shooting namanya tapi rapid kl.. huahauah. Member kami Kudin, panggil pakcik ni..nama khas.. "Pakcik Kekwat". Nanti aku cite macamana pakcik tu bleh dapat nama camtu. Hehehe. Aku duduk depan sekali. Best gak aktiviti ni, tapi aku tak basah sangat sebab aku dok depan. Kawan-kawan yang belakang paling basah kuyup.. Kira-kira 15 minit, bot berhenti di jeti perkampungan orang asli. Di situ, kami dapat melawat perkampungan orang asli dengan lebih dekat. Aku ni, kira dah 2-3 kali gak melawat perkampungan macam ni, kalau tak silap aku kat Royal Belum, cuma bezanya orang asli di Royal Belum agak advanced berbanding orang asli di Taman Negara dari segi tempat tinggal mereka.

kami sampai di perkampungan org asli...
rumah orang asli

Korang perasan tak kat gambar tu ada rumah besar? Rumah tu tempat shooting filem. Ada producer dari Jerman buat filem kat sini. Tajuk dia aku tak tau. Tapi lepas shooting, mereka tak robohkan malah biarkan rumah tu di situ dan menjadi tempat permainan anak-anak orang asli kat sini. Sumber ni aku dapat dari brader Azman.

Kat perkampungan ni, kami diberi demo cara-cara menghidupkan api dengan cara tradisional. Kalau biasanya kita tengok orang gesek-gesek batu untuk hidupkan api, tapi kat sini mereka menggunakan rotan dan kayu ape ntah, aku dah lupa la nama dia. Hehehe. Dia gesek rotan tu kat kayu tadi... dan Tadaaa!! Terhasil la api... Cara-cara menghidupkan api :

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Tadaaa..!! terhasil la api....
peralatan yang digunakan untuk menghidupkan api

Selain tu, kami juga diajar cara-cara untuk membuat dart (untuk sumpit). Pada depan dart tu diletakkan getah yang beracun dan kami diberi kesempatan untuk belajar menyumpit.. caranya, kena ambil nafas dari dalam perut dan kemudian, tiup sekuat hati. Silap sedut, dart masuk dalam perut korang.. huhuhu.. jadi, berhati-hatilah ye. Sumpit ni digunakan untuk memburu. Orang asli kat sini percaya, kalau tumbuhan atau haiwan yang hidup di tanah, kotor takleh dimakan. Kalau diberi pilihan pada mereka nak lembu atau burung, mereka lebih rela memilih burung, ini kerana burung terbang.. jadi tidak turun ke tanah. So.. kalau makan burung tu, suci la. Tu kepercayaan diaorang la.. tapi dulu la.. sekarang, tak main dah pantang-pantang makan ni. Apa ada, semua dia bedal. Siap pegi pasar, beli ayam ngan daging lagi.. hahaha. Demo membuat dart dan cara menyumpit.

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
dart da siap.. boleh la try menumpit
demo menyumpit oleh pakcik asli.. (dun try this at home)
Tiar.. cuba menyumpit....
Lama jugak kami berada di situ. Selain kami, ramai lagi group lain yang melawat perkampungan ni. Kebanyakan mereka membuat kebajikan dengan memberi bantuan dari segi pakaian. Kami berkesempatan untuk melihat cara mereka membuat rokok daun. Rokok dia lain sket, warna hijau. Kalau nak try rokok tu pun boleh. Korang boleh beli. Tapi, kami semua tak merokok. Jangan merokok kerana membahayakan kesihatan... huhuhuh.

group mat salleh
yang belakang ye group baju kuning...
pembuat rokok daun yang berjaya...

Tetiba, kami ternampak barang perhiasan yang dianyam daripada daun mengkuang, berupa gelang. Aku ingat nak beli, sebab cantik sangat. Bila brader Azman tanya kat pakcik orang asli tu, dia cakap gelang da abes yang tinggal cuma sumpit je. Sumpit tu pun ok jugak, cantik tapi harganya tak hengat.. mahal la.. so tak jadi beli. Bajet pun ciput jew. Huhhu.., jadi kami meninggalkan perkampungan orang asli. Untuk menyedapkan hati kami, brader Azman mengajak kami singgah di satu lagi perkampungan orang asli semasa perjalanan pulang ke darat. Tak jauh pun, cuma beberapa minit kami dah sampai di perkampungan yang satu lagi untuk misi mencari gelang mengkuang. Agaknya takde rezeki kami, gelang kat sini pun habis tukang buatnya takde pulak. Kami meninggalkan perkampungan tersebut dengan agak kecewa.

gerak balik....
Balik tu, sekali lagi pakcik tu bawak dengan kelajuan maksima dan kami masih meneruskan aktiviti rapid shooting. Setelah berbasah kuyup, kami pun sampai di restoran terapung tadi, yang merupakan jeti untuk menaiki bot menyeberang ke Taman Negara. Kami diberi masa untuk membersihkan diri.

Tea Time....
Masa tu waktu masih ada, jadi kami berjalan-jalan di sekitar kawasan tempat tinggal dan kami sempat minum petang. Kan tadi aku ada cakap bagaimana pakcik Kekwat mendapat nama. Meh aku cerita. Masa kami tengah minum petang, kami ternampak pakcik tu lalu depan kami, Kudin dengan peramahnya dia mengangkat tangan untuk menyapa pakcik tu.. tapi pakcik tu buat tak tau aje, terus Kudin cakap "kekwat betul pakcik tu"  Kami gelak je dengar Kudin merungut. Dah selesai minum, kami balik ke dorm untuk membersihkan diri.  Malam nanti kami akan meneruskan aktiviti "Jungle Night Walking". Jumpa korang sambungan seterusnya.










0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member