Land Below The Wind

Lama gak aku tak tak taip dalam blog ni. Bukan apa, agak busy sikit dan ditambah dengan masalah-masalah yang agak memeningkan kepala. Takpela aku tolak tepi dulu masalah tu. Biar la dulu. Agak-agak dah jumpa cara nak settle, aku settle. Masa aku taip entry ni, aku tengah tengok "Friday I'm In Love". Actually aku dah beberapa kali travel ke Sabah. Negeri ni merupakan salah satu negeri yang wajib kita lawati kerana tempat-tempatnya yang menarik. So let's read my story about "Land Below The Wind".

Hari Pertama (Part 1)

Trip ni disertai oleh 6 orang. Macam biasa, orang malas seperti kami ni cuma ambil travel agent je. Haha. Masa tu bagi kami nak mudah ye, malas nak pening-pening kepala. Pakej yang dikenakan kepada kami adalah RM400 untuk 4 hari 3 malam. Makan je sendiri, yang lain-lain tanggung beres. Pagi tu flight kami berlepas pada jam 10.30 am kalau tak salah aku, tak ingat dah. Masa tu belum ada self check in, jadi jam 7.30am kami semua dah tercongok kat LCCT. Nasib baik ayah Ena ada van dan ayah beliau la yang menghantar kami ke LCCT. Thanx to Ena dan Uncle Amir.

Dah selesai check in dan drop luggage, kami ke ruang menunggu. Masa tu rileks jap sementara menunggu gate dibuka untuk naik flight. Sempat la berposing-posing jap.

aku dan kawan...

kawan-kawan aku..geng belang merah
Sebaik sahaja panggilan masuk berkumandang, kami dan penumpang lain berjalan menuju ke pesawat Air Asia.

jom cepat.... semangat-semangat
Dah dapat tempat duduk masing-masing, kami duduk rileks-rileks sambil menanti flight berlepas. Macam biasa, sejurus selepas berlepas adalah pramugari/pramugara bagi taklimat tentang keselamatan. Kemudian, tibalah masa untuk berposing-posing di dalam flight pulak. Jakun la pulak. Haha. Boring dalam flight selama 2.5 jam. Huiii... selain tidur, aktiviti yang menarik untuk dilakukan adalah berposing. Lagipun waktu tu kami amat bertuah sebab flight tak penuh. Siap boleh baring-baring lagi. Haha

terpancar wajah xcited masing-masing

motif??
baca ape tu??

mesti ambil gambar awan ye..
next destination... maybe?
gambar sayap pulak
flight ni dah macam rumah sendiri... haha

lagi gambar awan
 Agak penat berposing-posing, kami berehat sambil minum kopi... lagipun kami tak sempat breakfast. Bila dah terbang tinggi di awan, harga barang-barang dan makanan semuanya terbang tinggi juga..

huh..feeling...
Ambil masa anda...

khusyuk membaca...
gambar sayap lagi...

dan lagi....

lagi?? perlu ke? motiff?
Aku dapat melelapkan mata time ni. Setelah mengharungi penerbangan selama 2.5 jam, akhirnya tanda-tanda sampai di Sabah telah nampak.... Yahoo..!!! Sedikit info mengenai sejarah Sabah.

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton. Nak lagi info try tanye Kak Wiki, kelik kat sini

Laut China Selatan ke??

Bandar Kota Kinabalu
Padat juga

Gunung Kinabalu?
Alhamdulillah, flight selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aku tengok banyak dah berubah airport ni sebab dulu masa aku datang tak la besar macam ni.. under construction. Ni dah siap cantik pulak macam KLIA giteww. Aku takde pic nak share. Sorry ye. Selesai mengambil beg, kami ke pintu keluar untuk mencari guide kami. Nampak la sesorang memegang nama Erna.. After that, bermula la aktiviti kami di Sabah...... to be continued.......





0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member