Kota Kinabalu - City Tour

Firstly, aku nak mintak maaf kerana address blog aku berubah-rubah. Hehehe. Aku ada projek sket. Rasanya korang tau punye. Hehe. Lepas ni, maybe aku akan pindahkan semua info dalam blog asal ni, ke dalam blog yang baru. Buat masa ni aku pakai address http://roadtrip-information.blogspot.com/ Address baru tunggu... Aku harap kita akan still keep in touch and secondly, aku nak mintak maaf sebab biarkan banyak cerita tergantung tanpa kesudahan. So.. kat sini aku buat sambungan untuk story aku mengenai "Land Below The Wind". Cerita sebelumnya tengok kat sini

Day 1 (Part 2)


Kami dibawa ke sebuah van persiaran. Nama guide kami ialah Claire dan supir kami adalah Sufri. Mereka ni sporting dan happening. Untuk trip hari pertama ni, kami di bawa untuk city tour. Tempat pertama kami di bawa ke Muzium Sabah. Kalau dalam muzium.... apa yang kita dapat lihat murid-murid? Mestilah bahan sejarah. Haha. Muzium Sabah ni tak la besar mana pun. Hehe.

Muzium Sabah

Model Muzium Sabah

besar tak pasu ni??
Dah selesai meronda-ronda dalam muzium, kami dibawa ke sebuah Perkampungan Warisan. Masuk percuma. Perkampungan ni terletak bersebelahan dengan Muzium Sabah. Kalau tak salah aku, satu kawasan rasanya. Lupa dah. Macam orang tua la aku ni. Semua lupa. Ape pon tak bley. Sorry la ye.

ape hal pulak ko pah? tetiba terasing??
Kawasan perkampungan ni agak besar. Disini terdapat bermacam-macam jenis rumah suku kaum di Sabah dan yang best, kita boleh masuk dalam rumah tu dan mencuba semua peralatan yang terdapat disitu, dan kita juga dapat belajar tentang budaya suku kaum di Sabah. Suku kaum yang terdapat di Sabah terdiri daripada Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Iranun dan sebagainya. Sedikit info mengenai suku kaum di Sabah.


"Negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.  Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka."- sumber dari sini


Contoh pakaian suku kaum Bajau...lawak muka memasing..haha
Paling aku suka kat rumah panjang kaum Murut. Sedikit info mengenai suku kaum Murut : aktiviti harian mereka adalah bertani dan memburu binatang. Mereka juga sering berpindah randah. Menurut info yang aku dapat lagi, semua rumah panjang kaum Murut terdapat satu bahagian di panggil 'lansaran'. Ia terletak di bahagian tengah laluan yang berbentuk seperti pelantar yang boleh dihenjut beramai-ramai semasa mengadakan upacara keramaian. Memang best giler.. berdiri atas pelantar tu, lepas tu lompat tinggi-tinggi. Ala-ala trampolin la katakan. Jakun la plak. Kat K.L takde tau. Hahaha.

Rumah Panjang Murut...
sumandak semua ni...
(sumandak bererti anak dara/perawan/belum berkahwin dalam bahasa suku kaum Dusun)
sekitar kawasan Kg Budaya
Demo menyumpit cara halimunan...haha
ready untuk melompat diatas Lansaran?
gembira dapat melompat-lompat..hahah
Kalau korang datang sini, korang wajib cuba melompat diatas lansaran ni. Waktu kami melawat tu, kebetulan orang tak ramai, almaklumla hari bekerja. So... kami conquer rumah panjang tu dan melompat dengan sepuas hati.  Buat macam rumah sendiri. Haha. Selesai melompat-lompat dengan gembiranya, kami berehat sekejap diatas pangkin sambil melihat-lihat keadaan rumah panjang ni. Rumah panjang ni diperbuat daripada buluh, kulit kayu dan daun. Aku rasa malam-malam mesti sejuk kan sebab ada aircon free. Aku tengok dinding dia agak jarang-jarang. Mungkin untuk memudahkan peredaran udara.

berehat selepas penat melompat
kepuasan selepas melompat...haha
posing lagi..
Setelah puas melompat-lompat, kami melepak jap kat pangkin dalam rumah panjang tu dan berposing-posing pulak disekitar kawasan Perkampungan Warisan. Kemudian dibawa ke sebuah tempat untuk view satu Kota Kinabalu..

to be continued....


















0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member