Padang Besar - Kangar - Kuala Perlis

Day 4 (sambungan) cerita sebelumnya kelik sini

Kami meneruskan perjalanan untuk sambung shopping Padang Besar pula. Biasa la, kalau join rombongan Cik Kiah, mestilah agenda shopping paling utama. Aku tak pernah sampai pun Padang Besar ni. Sekali lagi kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab kebetulan ada tournament boling. Jadi, siapa yang terlibat dengan tournament boling diturunkan disebuah shopping kompleks, (aku lupa nama tempat tu). Selepas turunkan ahli pasukan boling, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Dah sampai Padang Besar turun beramai-ramai untuk shopping. Masa kami sampai tu, ada beberapa bas pelancongan parking kat situ. Macam aku cakap, aku tak pernah pergi ke Padang Besar. Menurut kawan aku, bekas pelajar UUM Padang Besar dan lain dari dulu. Lebih banyak gerai-gerai daripada dulu dan lebih tersusun. Panas giler masa tu. Apa yang terdapat di Hatyai, ada jugak di sini, cuma harganya berbeza sedikit. Aku takde plak amek gambar kat sini. Macam malas la plak. Panas, penat dan kelaparan. Setelah jalan-jalan, akhirnya kami sampai di sebuah kedai. Tak la ramai sangat pun orang time tu, tapi servis hampeh. Dekat kami tunggu, haram air pun tak sampai-sampai, last-last kami  cancel semua order dan pergi makan di sebuah kedai makan yang dekat dengan bas parking. Hidangan yang ada kat sini, cuma nasi campur. Hantam saja la.. janji perut kenyang. Seriusly, memang takde satu pun gambar kat Padang Besar ni. Takpela.

sumber : kat sini
Dah selesai shopping-mopping di Padang Besar, bas bergerak menuju ke homestay kami. Homestay kami rumah teres 2 tingkat. Huiii... panas giler masa sampai kat umah ni. Rumah lelaki dengan perempuan di asingkan ye. Jarak rumah kami tak la jauh sangat. Boleh je jalan kaki. Hehehe. Sambil berehat-rehat, kami berbincang destinasi seterusnya. Aktiviti  di Perlis adalah free and easy. Group aku bukan boleh nak duduk diam. Kami bercadang nak minum petang dan dinner sekali di Kuala Perlis. Kami seramai 8 orang, akhirnya bercadang berjalan kaki ke Kangar. Hihihi... Kenangan kat sini, takkan aku lupa sampai bila-bila. Masa kami berjalan kaki nak ke Kangar, kami sempat bertanya seorang abang yang berniaga kat situ kalau nak ambil teksi dimana? Dia cakap, kena pergi ke Kangar. Sepatutnya ada bas, tapi faham-faham la ye. Setiap setengah-sejam baru ada bas. Jadi, kami semua sepakat nak berjalan kaki ke Kangar. Tengah berjalan menuju ke Kangar, abang yang kami bertanya tadi dengan amat bermurah hati menumpangkan kami ke Kangar. Abang tu bawak Toyota Caldina kalau tak silap aku. Huii... berhempet la kami sekejap. Apapun, kami amat bersyukur sebab ditemukan dengan orang yang baik. 

Setelah sampai di Kangar dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada abang yang baik tu dan isterinya (jasamu kami kenang) kami mencari teksi. So... kami menyewa 2 buah teksi untuk ke Kuala Perlis. Aku tak ingat berapa harga tambangya. Sesampainya kami di Kuala Perlis, dah nak masuk waktu maghrib. Sempat kami tengok sunset dan bergambar di Masjid Terapung Kuala Perlis.

sunset..
kami...

kami dengan sunset..
Settle bab posing-posing dan bergambar-gambar, perut pun lapar, so kami menuju ke gerai-gerai yang berdekatan. Ada orang kata, laksa kat sini sedap giler. Aku tak nak lepaskan peluang untuk merasa laksa tersebut. Sementara menanti makanan, kami berbual-bual untuk aktiviti malam pulak. Balik awal-awal pun bukan buat apa. Lagipun, semuanya bujang.



So... makanan sampai dan kami pun dinner. Tetapi, laksanya agak menghampakan. Sebab lapar, aku bedal aje manakala air pulak, aku order Cha Yen. Waaaa aku rindu Cha Yen Thailand. So... aktiviti kami pada malam tu adalah... karaoke. Memandangkan Mel baru je balik dari Trip Utara, kami menugaskan beliau mengingati semula tempat yang dia karaoke hari tu. Hehehe. Takpe... geng ni semua sporting. Masalah kami pada malam tu, takde teksi pulak malam-malam nak ke Kangar. Tapi dengan kebaikan dan keramahan orang utara, maka kami akhirnya dapat la sebuah van sewa. Aku tak ingat berapa tambangnya. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Kangar dan terus berjalan-jalan di sekitar Kangar sambil mencari-cari pusat karaoke. Fuhhh!! Jauh berjalan, baru la terjumpa pusat karaoke. Apa lagi... karok la...

menunjukkan bakat masing-masing
Selesai berkarok selama 2 jam, badan dah rasa letih dan mengantuk. Kena berjalan kaki pulak la dari Kangar ke penginapan kami. Kenangan ni paling aku tak dapat lupakan. Pukul 12.00 am jalan kaki beramai-ramai menuju ke penginapan. Sambil-sambil tu, sempat posing-posing nak hilangkan mengantuk.


berjalan beramai-ramai
Sambil berjalan tu, kami berbual-bual kosong. Tetiba, masa kami sampai di sebuah kilang, dengar anjing menyalak la pulak. Apa lagi... semua cabut la.. Hahahaha. Tapi, bila tengok belakang takde pun anjing. Hahaha. Memang kenangan yang tak dapat aku lupakan. Naik Caldina berhimpit-himpit, kena kejar anjing. Walaubagaimana pun, kami seronok dan happy dapat spend time bersama. Kami sampai di kediaman masing-masing pada jam 12.45 am. Apa lagi... mandi manda dan tido la... esok kena check out pagi sebab akan singgah di Penang dan pulang ke Kuala Lumpur. To be continued...



0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member