Penang Laksa Jangus - Kuala Lumpur

Day 5 (Last Day Journey) - sambungan sebelumnya sila kelik kat sini

Okey, aku nak habiskan entry Malaysia Thailand ni dengan segera. So.. let's check it. 

Kami check out agak lewat pagi tu. Setelah check out dari homestay, kami dibawa ke sebuah restoran untuk bersarapan pagi. Selesai bersarapan, kami diberi pilihan samaada nak ke Penang atau nak repeat semula ke Padang Besar. Memandangkan semalam dah berhabis duit di Padang Besar, maka kami pun pilih nak ke Penang, untuk membeli jeruk. Tekak aku dah terasa-rasa kesedapan Nasi Kandar Line Clear... Prrriiiitttt (trademark mereka). Terbaek ayam goreng dia. Fresh dan besar lagi. 

Malangnya, kami hampa kerana tak dapat masuk ke kawasan Georgetown, sebab masa tu Hari Thaipussam. Menurut guide kami, kesesakan lalulintas amat teruk di Georgetown. Nampaknya, aku kempunan la nak makan Nasi Kandar Line Clear. Kami singgah makan di Laksa Janggus dulu. Diaorang kata laksa ni femes. Ye la sebab penah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Aiseh... tengahari makan laksa ke? Lompang perut den. Masa kami sampai kat kedai ni, belum buka sepenuhnya ye. Tengah setting barang-barang lagi. Bagi aku, rasa Laksa Janggus ni tak la sesedap mana seperti yang digembar gemburkan. Sedap lagi Laksa Pak Din kat pasar malam umah aku tu. Haha. Tapi sebab dah lapar, bedal je la. Serius, aku tak amek satu gambar pun kat sini. Selesai makan, kami berhenti di Sungai Nibong, untuk bersolat jama' Zohor dan memborong jeruk.

Menurut guide kami, jeruk yang glamer kat sini adalah Jeruk Madu Pak Ali. Kedai ni senang je nak cari. Berdekatan dengan Balai Polis Sungai Nibong dan kedai jeruk tu terletak dekat area medan selera. Masa kami sampai kat kedai jeruk tu, huuuiiii ramai sungguh manusia memborong jeruk. Aku beli sikit la dan aku beli gak asam katok. Kat Kolumpo susah nak cari asam katok ni. Kalau korang nak tau pasal Jeruk Pak Ali, rujuk kat sini sebab kat sini satu gambar pun takde aku amek. Selesai memborong, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Apa aktiviti yang boleh di buat dalam bas? Selain tido, kami juga berkaraoke. Yeahhh... nanti aku hapdate cite yang lain pulak. 





0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member