Pekan Danok-Bye Thailand

Dah lama story ni tergantung. Aku dah settle kan Taman Negara ngan Pangkor. Dedua aktiviti ni aku buat selepas trip aku overland ke Thailand. Aku rasa elok aku sambung semula story Malaysia Thailand. Cerita sebelumnya boleh rujuk kat sini

Day 4

Alhamdulillah, selesai dah tour kami di Thailand. Pagi-pagi lagi, kami dah check out untuk meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia. Sebelum keluar dari border, kami singgah di Pekan Danok. Sempat kami bersarapan di Pekan Danok. Breakfast kami pada pagi tu, adalah Nasi Ayam dan Pulut Ayam. Memang sedap dan special. Air macam biasa... Cha Yen paling aku suka tidak dilupa. Dah sarapan, kami bersiar-siar di Pekan Danok. Waktu kami singgah tu masih pagi dan banyak kedai masih belum bukak lagi. So... kami cuma bersiar-siar sebab banyak barang dah beli masa kat Hatyai. Kemudian, kami naik bas dan keluar dari border. Macam biasa, bas akan parking kat tempat parking dan kami semua akan beratur untuk cop pasport. Masa sampai kat border.. Huiii ramai giler orang nak masuk Hatyai. Kire kami dah terselamat sebab dah masuk awal. Biasa la... KL cuti panjang. Huhuhu. Kami sempat beli ayam goreng dan jagung kat situ. Panas-panas lagi. Aku rasa ayam goreng kat sini lagi sedap dari KFC. Huhuhu terbaeek la.

Nasi Ayam

Pulut Ayam

Cha Yen.. aku syak owner kedai ni MU Fans 
Dah selesai semua urusan di border, macam biasa kena kat kastam Malaysia pulak. Nasib baik, ahli rombongan kat sini tak excited beli beras. Kalau beli melebihi had, confirm kena bayar tax. Rombongan CIMB sebelum ni borong toto, pun kastam mintak bayar duty. Bley?? So.. selesai kat sini, bas berhenti jap isi minyak. Maklumla minyak kat Thailand mahal. Kalau korang bawak kenderaan masuk ke Hatyai, pastikan minyak diisi dengan penuh. Hehehe. Dengan itu, destinasi seterusnya adalah Padang Besar. To be continued....


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member