Trans Studio Bandung

Okey, sambungan cerita sebelum ni boleh baca kat sini

Hari Ke-3

Okey, macam biasa pagi-pagi lagi kami dah bangun dan bersarapan. Hari ni, kami akan berhibur di indoor theme park iaitu Trans Studio, Bandung. Perut aku yang meragam dari semalam, masih belum sembuh sepenuhnya. Macamana pulak kali ni aku nak lupa nak bawak ubat. Selalunya travel kemana-mana, aku mesti bawak ubat. Haihh... takpela benda nak jadi. Walaupun begitu, semangat nak berjalan masih kuat. Haha.

Lepas breakfast, kami dijemput oleh Abang Lan dan terus dibawa menuju ke Trans Studio, Bandung. Kalau tak salah aku, Trans Studio Bandung ni bersambung dengan Bandung Super Mall. Agak ramai orang beratur nak membeli pas masuk ke Trans Studio ni. Kiranya korang akan dapat kad macam Touch n Go. Semua perbelanjaan dalam tempat ni, kena pakai kad tu. So, kalau tak cukup duit dalam kad tu bley topup kat mana-mana kaunter topup yang terdapat kat situ. Info mengenai Tran Studio Bandung boleh baca kat sini

Trans Studio Bandung
Boleh tahan luas gak Trans Studio ni. Masa kami masuk dalam Trans Studio ni, punyalah ramai orang. Kami di fahamkan, semasa kami ke Bandung ni, budak sekolah baru masuk semester baru. Manakala graduan universiti pula baru mula bercuti semester. Kesimpulannya, Trans Studio ni dipenuhi dengan graduan universiti.  Kami sempat la bermain beberapa permainan, selebihnya tengok show dan beratur nak main permainan. Oh ye lupa nak bagitau. Kalau korang tak nak beratur lama-lama, korang boleh beli VVIP pas. Kami tak beli pas VVIP sebab tak cukup bajet. Seronok la jugak permainan kat sini. Walaupun tak main semua permainan, tapi kira ok la tempat ni. So, layan la gambar-gambar yang ada.

wajah-wajah kami...

antara game yang kena beratur panjang

Broadway Show

keretapi....


Teater .. tak ingat la tajuk dia
Dah letih berada seharian di Trans Studio, sementara menanti Abang Lan mengambil kami, sempat layan aiskrim Baskin Robin. Murah sket dari harga kat Malaysia. Aku ingatkan aku sorang aje diserang caireti baireti, rupanya kawan-kawan yang lain pun sama. Hahaha. Walaupun begitu kami tetap nak makan aiskrim. Memandangkan time tu dah petang dan kami tak lunch lagi, jadi kami request kat Abang Lan bawa kami makan. Malam tu kami makan ayam penyet. Aku dengan Halimah tak berselera sangat nak makan. Makan ayam penyet tu je. Kena caireti baireti ni letih ye. Selesai makan, kami dibawa balik ke hotel untuk berehat. Malam tu semua orang tak keluar sebab semua diserang caireti baireti yang teruk. Ada yang muntah-muntah. Sah kami kena keracunan makanan atau keracunan air. 

tetap senyum walau perut meragam..
So.. esoknya, kami dibawa ke Chihampelas untuk shopping lagi dan lagi.. to be continued..


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member