Signal Hill Observatory Tower

Okey... sorry dah lama tak update story. Aku baru balik dari berjimba-jimba dan berpoy-poya dengan member aku kat Genting Highlands. Actually, dah lama aku tak naik ke atas bukit tu. Tak banyak berubah. Rasanya korang biasa kot datang Genting Highlands. Kita lupakan sementara tentang Genting Highlands dan aku nak update story tentang Sabah. Cerita sebelumnya, boleh kelik kat sini

Day 1 (Part 3)


Setelah puas berjimba-jimba di Perkampungan Budaya dan Muzium Sabah, kami dibawa ke sebuah tempat untuk menikmati keindahan persekitaran Kota Kinabalu. Masuk tempat ni percuma. Kalau korang datang secara backpacker boleh la naik bas atau teksi. Tapi, aku nak nasihatkan... kalau kat sini harga teksi dia agak cekik darah. Dekat je pun.. dah charge RM15. Boleh baca info kat sini.

on the way ke Signal Hill

baru sampai.... bergambar dulu...
tunjuk ape tu??

sekitar Kota Kinabalu

Pemandangan dari Signal Hill
Geng baju belang..
Agak lama kami berada disini, berehat dan menikmati pemandangan yang indah. Oh ye, kat area Signal Hill ni banyak pokok-pokok, ye la dah kata pun hill... mestilah ada pokok kan. Fresh udara kat Signal Hill ni. Kalau ke Kota Kinabalu, salah satu tempat yang korang nak rileks kat Signal Hill ni la. Kalau datang ke sini, jangan lupa singgah. Lepas turun dari Signal Hill, kami pergi lunch, eh lunch ke? Tengok jam time tu dah pukul 4pm. Perut pun dah lapar, jadi kami dibawa ke sebuah restoran, iaitu Restoran Sampelang. Agaknya  masa tu dah petang, semua menu abes... haiyaaa.. Menu yang ada nasi goreng ayam. Aiseyy.. dah la lama menunggu tak sedap la plak. Mati selera aku dibuatnya. Sebab lambat sangat, dua pinggan nasi goreng ayam dishare oleh 6 orang, yang lain cancel.

posing lapar...

kicap?
Selesai makan, kami menelefon Claire untuk membawa kami check in hotel... to be continued...

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member