Selamat Hari Raya Aidilfitri...di dalam banjir...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Mohon maaf kerana dah lama tak update blog ni. Aku rasa ada sebulan lebih kot tak menaip dalam blog ni. Bulan Ramadhan aku agak busy sket di samping penyakit malas aku dah sampai di tahap kronik kot? Kronik kah? 

Tahun ni buat julung-julung kalinya aku menyambut hari raya dalam banjir. Walaupun ia bukan terjadi pada hari raya pertama, namun bagi aku raya ke-3 tu masih lagi meriah kan.., walaupun banjir yang melanda kali ni sangat teruk, namun sambutan hari raya tetap diteruskan. 

Kiranya pada hari raya ke-3 tu, kami semua mendapat "kolam renang sementara". Haha. Nasib baik aku sempat menyelamatkan haiwan kesayangan aku. Kalau tak sempat, mungkin semuanya akan menemui ajal mereka. Alhamdulillah. 

Masa aku post blog ni, aku masih lagi mencuci baju yang terkena banjir dan lumpur. Haiihhh bila la nak habis kan... dah habis basuh baju, kena jemur, angkat, lipat, susun dalam almari... Arrghhhh!!! Letihnya. Tapi takpela.. ni ujian dari Allah. Kita sebagai manusia patut bersyukur kerana ia tidak mengorbankan nyawa. 

Apa pun, walaupun hari ni dah masuk hari raya yang kelapan, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku letak skali pic masa bajir itu hari di Segambut

teh tarik free...


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member