KUL-CGK : Bandar Jakarta

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama kot aku tak update blog aku ni. Kemalasan yang teramat melanda diri aku. Mood raya masih terasa, walaupun pada hari raya ke-3 aku beraya dalam banjir. Hehe. Aku baru je balik dari Jakarta. Selalunya aku join rombongan" Cik Kiah" tapi kali ni, berkonsepkan "redah dan terjah". Trip kali ni tak dirancang sebab selalunya aku dengan member aku akan mencari harga tiket yang terendah dan of course kena book setahun awal kot? Tetiba tengok AA ada buat sale kecil-kecilan, so member aku terus ajak ke Jakarta. Aku tak fikir panjang, terus setuju. Lama lak mukadimah.  So let me share the experience. 

Hari Pertama (Bahagian 1)

Flight kami (KUL-CGK) berangkat pada jam 1.10pm. Waktu tu hujan agak lebat, namun flight tidak delay. Berdebar-debar gak, cuaca tak berapa baik dan ini merupakan kali pertama kot berdua je di tempat orang, sebelum ni rombongan dan ada guide. Kali ni sendirian berhad. Semoga kami berada dibawah lindungan Allah. 2 bulan sebelum berangkat, aku ada buat research sesikit tentang Jakarta, dan terima kasih AirAsia kerana buku travel guide percuma yang sempat aku download. Selain tu urusan bilik aku dah tempah 2 minggu sebelum berangkat ke Jakarta melalui AGODA. 

Perjalanan dari KL ke Jakarta mengambil masa kira-kira 2jam. Waktu di Indonesia adalah 1 jam lewat dari waktu Malaysia. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Jakarta. Kami singgah ke Mussola untuk menunaikan kewajipan ke Allah. Kemudian, kami bergegas ke kaunter pertanyaan untuk mencari Terminal Bus Damri. Setelah mendapat info dan mengucapkan terima kasih, kami terus keluar dari airport dan mencari terminal tersebut dan tadaa.. jumpa dengan hanya berjalan kaki je. Dekat sangat. Dari airport, kami menaiki bas Damri untuk ke hotel dan transit yang terdekat adalah Stasiun Gambir.



alhamdulillah... selamat sampai

tempat jual tiket bas Damri
tambang rp 20,000

ni la bas Damri... 

selesa walaupun tambang murah

perkhidmatan ojek disediakan... kalo berani bley try
Walaupun tambang bas Damri  agak murah, namum ia amat selesa. Perjalanan dari airport ke Stasiun Gambir mengambil masa selama 1 jam kerana jalan agak macet (kesesakan lalulintas). Rasanya Jakarta memang terkenal dengan kesesakan lalulintas. So.. aku tak fikir sangat, yang aku fikir sekarang nak cepat sampai di hotel. Setelah menempuh 1 jam kesesakan lalulintas, akhirnya kami tiba di Stasiun Gambir. Stasiun Gambir ni merupakan stasiun kereta (keretapi).

Stasiun Gambir

tak berapa sesak kot..?
Aisey.. macamana lak nak ke hotel dari Stasiun Gambir? Tak khatam lagi la. Tapi jangan risau, di Statsiun Gambir terdapat banyak kenderaan awam yang boleh kita naiki.. macam ayat budak sekolah je ni. Sedang kami tercangak-cangak, ada seorang pakcik menawarkan kami menaiki kenderaannya dengan tambang Rp15,000. Kami bincang jap, dan akhirnya kami bersetuju menaiki kereta pakcik tu. Memamg mahal sket la sebab dia bawak kijang, dan kami naik berdua je pulak. Takpe la.. selesa kot. Hehehe. Aku sempat bertanya pakcik tu perjalanan ke Bogor. Menurut pakcik tu, perjalanan ke Bogor amat lumayan (jauh) dan terus dia offer perkhidmatan dia dan bagi contact no. Aku pun amek la.. kita kat tempat orang, kena la berhati-hati. Tak la jauh sangat hotel kami dari Stasiun Gambir, tapi kalau jalan kaki tu berpeluh gak la ketiak. Akhirnya kami sampai di hotel. Nama hotel tu adalah Hotel Istana Ratu. Setelah membayar tambang kijang tersebut, kami terus ke lobi untuk check in hotel. Aku tunjukkan booking slip dan pasport untuk pengesahan. Dah settle, kami dibawa ke bilik.

Hotel Istana Ratu, Jalan Jaksa

Bilik kami


Dah check in, kami berehat sebentar. Tadi perut tak berapa lapar, sebab kami dah makan dalam flight, dah check in ni terasa pulak lapar. Kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan kemudian barulah kami menyambung penerokaan kami. 

to be continued...











0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member