Dinner at Sinsuran Market, Kota Kinabalu

 Cerita sebelumnya boleh kelik sini


Day 1 (Last Part)


Cititel Express source : Brader Google
Nak tau lagi boleh tengok sini

Lepas makan di restoran sampelang, kami terus menghubungi Claire supaya pikup kami dengan cepat sebab masing-masing keletihan. Agak lama kami menanti mereka kerana waktu dah petang dan hujan pulak lebat, menyebabkan jalanraya sesak. Kat area sini, jalan raya memang selalu sesak. Sampai je van, kami terus berlari masuk ke dalam van dan kami terus dibawa check in di hotel. Malam tu, kami check in di Cititel  Expresl. Okey jugakla hotel ni, walaupun biliknya agak sempit sket. Takpela.. dua orang sebilik kot. Aku selak langsir, ingat nak view pemandangan, sekali selak-selak ada dinding plak. Rupa-rupanya, bilik yang kami duduk ni takde tingkap. Terasa duduk dalam kotak plak. Takpela... janji bley rehat. 

Sambil berehat, kami berbincang nak kemana malam ni. Yela... kalau dah sampai di sesuatu tempat, elok kita menggunakan masa yang ada untuk meneroka sesuatu tempat. Ceewwaahh.. Duduk bilik pun boring. Hehehe. Perut pun dah mula kelaparan, jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke pasar malam.  Pada mulanya kami ke pasar malam Kampung Air kerana kami sangkakan ada makanan dijual disitu rupa-rupanya kami silap, pasar malam ni hanya menjual cenderahati sahaja. Menurut seorang peniaga disitu, kami perlu berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk tiba di Pasar Malam Sinsuran. Sampai di Pasar Malam Sinsuran, huiii.. meriah betul. Maklumlah pasar malam. Setau aku semua pasar malam meriah kot... tak kira la mana-mana pun. Hehehe..

Kami berjalan-jalan disekitar pasar malam sambil mencari tempat makan. Kalau korang nak tau, Sabah amat popular dengan seafood yang murah dan berbaloi-baloi. Kalau korang peminat seafood, boleh la datang sini makan sampai lebam, tapi beringat la ye. Kami duduk di sebuah kedai yang jual seafood dan goreng-goreng. Korang boleh pilih nak makan nasi goreng, nasi putih dan apa saja. Kami order nasi putih dan memilih seafood. Kat sini, cara seafood dijual bergantung pada saiz. Lagi besar saiznya, lagi besar duit yang korang kena keluarkan. Ala.. macam tak biasa. Mana-mana pun sama, dan lagi satu lepas dah pilih seafood yang dikehendaki, mereka akan memanaskan semula seafood tersebut. Bagi aku tak fresh. Kalau korang takde kenderaan boleh la cari makan kat sini, tapi kalau ada kenderaan elok korang cari tempat lain yang lebih fresh dan murah.

pilih mana korang nak..

sotong katak... sotong sesotongnya..

ikan seikannya.
antara menu yang dipilih oleh kami.
Aku tak ingat berapa ringgit semuanya tapi yang penting, kami agak puas hati makan kat sini, sebab kenyang dan harga dia ok. Nanti aku bagitau korang, makan kat mana lagi best.. fresh, sedap dan murah. Selesai makan, kami mengambil keputusan untuk meronda lagi disekitar pasar malam ni. Masa jalan-jalan, ternampak pulak orang jual chicken wing bakar atau kat Sabah dipanggil sayap ayam. Nampak sedap je. Kami membeli sayap ayam, harga pun tak mahal satu RM1.20 je dan ada kuah kicap lagi. Balik hotel boleh makan buat supper yelah Sabah kan cepat gelap dan cepat terang, takpun buat sarapan pagi. Hehehe. 

sayap ayam
"bagi saya 5 ye pakcik..." kata ena
Disebelah tempat makan, terdapat bahagian menjual barang-barang basah. Kat sini boleh tengok seafood yang fresh. Jom kita ronda..

geram giler tengok udang ni

ni namanya ikan August.. 
Aku nak cerita sikit pasal ikan August ni. Aku selalu je pergi pasar kat KL, tapi tak pernah jumpa ikan ni. Jadi, aku macam jakun jugak la.. Hahaha. Tapi tu la... menurut pakcik yang jual ikan ni, dia cakap ikan ni cuma ada pada bulan Ogos je. Sebab tu nama dia August kataya. Aku pulak lupa masa tu baru bulan July. Lepas tu, aku balik KL, masuk keje aku tunjuk la gambar ikan ni kat partner aku, pakcik tu tak tipu aku nama ikan, tapi pakcik tu tipu waktu kedatangan ikan tersebut.Ikan tu bebila masa je ada...takde la ikut bulan pun. Ciss... tipah tertipu... Selesai meronda-ronda, kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri. Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami sempat bergambar-gambar di sekitar Kota Kinabalu.

kenyang dan mengantuk...

tetap pose walau mengantuk

ni la rumah mambang kuning yang sentiasa bersama kamu...
Kalau tadi ambil masa 15 minit berjalan kaki ke Pasar Malam Sinsuran, tapi kali ni mengambil masa selama 30 minit untuk pulang ke hotel sebab, bergambar-gambar punya pasal. Sampai je kat hotel, aku terus membersihkan diri dan tidur. Esok pagi-pagi kena check out dari hotel sebab kami akan ke Kundasang dan bermalam di sana.

to be continued....






0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member