KUL-CGK: Sighseeing di waktu malam..

Okey let's continue our trip to Jakarta. Click here for the part 1.

Hari Pertama (Bahagian 2)


Setelah berehat-rehat jap, kami keluar semula dari bilik. Perut tetiba pulak lapar, so kami makan di kedai yang berdekatan dengan hotel. Menu kami pada hari tu adalah nasi ayam penyet. Aku order jus tomat manakala kawan aku pulak order jus mangga. Kalau korang datang ke Indonesia, mesti cuba jus buah-buahan. Asli, sedap dan yang penting murah ye. Sambil makan kami berbincang plan malam ni. Plan kami nak tengok teater. Macamla kat KL takde teater kan? Aku ada buat research sebelum terbang ke Jakarta, ada teater yang akan ditayangkan pada malam tu bertajuk Gandamayu. Teater tu ditayangkan di Jakarta Arts Theater (Gedung Kesenian Jakarta). Harga tiket dia takde la mahal. Tapi kami tak tau kat mana tempat ni, jadi kami cuba bertanya kat budak yang amek order tu, katanya dia masih baru di Jakarta. Okey la, still no information. Setelah membayar harga makanan, kami membuat keputusan untuk mengambil bajaj (sebutan dia Bajai). Aku suggest jangan naik bajaj sebab harganya mahal, lebih mahal dari teksi ye. Tapi kalau nak merasa naik bajaj boleh je. Bersedialah mengeluarkan wang lebih.

Jus Mangga & Jus Tomat (tomato)

Jenuh la kami bertanya staff kat hotel tu, tapi semua tak tau dimana  letaknya Jakarta Arts Theater. So... kami keluar dari hotel dan terus menahan sebuah bajaj. Kami cakap nak pergi Gedung Kesenian Jakarta. Pemandu tu angguk, so kami fikir dia tau tempat tu. Tapi sebelum naik bajaj elok la tanya dulu berapa tambangnya. Driver tu cakap rph20,000 tanpa berlengah kami terus menaiki bajaj tersebut. Tetiba sampai disatu tempat, driver tu menghentikan bajaj. Kami ingatkan dah sampai, rupanya, driver ni tak tau tenpat tu.  Dia pergi tanya orang. Haihhh!!! Geram gak. Jadi, kalau korang nak kesatu-satu tempat tu, elok la dapatkan sekali alamatnya. Puas meronda sana sini driver tu bawak, tetapi Gedung Kesenian Jakarta tidak kelihatan. Akhirnya, kami beritahu suruh driver tu bawak kami meronda-ronda di sekitar tempat menarik pada waktu malam. Kami tak turun, cuma lalu je didepan Masjid Istiqlal dan Monas. Tetiba, driver bajaj tu berhenti dihadapan di sebuah bangunan. Kami terpinga-pinga sebentar, rupanya dia dah jumpa Gedung Kesenian Jakarta. Kiranya Gedung Kesenian Jakarta ni macam Istana Budaya dan aku tengok kereta yang parking di sekitar kawasan tu mewah-mewah dan of course ada protokol semasa berada disana. Kami berbincang nak tengok teater ke tak, setelah difikir-fikir dan ditilik-tilik kami tak jadi menonton teater kerana 'Q' untuk membeli tiket terlalu panjang. Jadi keputusannya kami minta driver tu bawak kami ke tempat yang best untuk cari makan dan cuci mata.

Bajaj...

Gandamayu Theater

Jakarta Arts Theater (tak bape clear)
Lepas tu driver tu bawak kami ke tempat shopping. Nama tempat tu Sarinah. Gila betul tengok tempat tu. Barang-barang semua diskaun. Kasut dia semua cantik-cantik. Kawan aku sempat sambar sepasang. Aku ada berkenan sepasang kasut tu, tapi takde pulak saiz aku. Huhuh..keciwa. Lama gak kami kat sini, dah habis menyopping kami keluar dari Sarinah. Masa lalu tadi kami ternampak pulak banyak gerai makanan dan minuman terdapat disini. Perut masih kenyang, namun nak jugak jalan-jalan kat gerai-gerai tu. Nak tengok apa yang menarik. Aku berkenan pulak nak cuba nasi goreng gila. Aku nak tau apakah kegilaan tersebut. Order 1 bungkus je, nak rasa dan yang paling penting kami beli jus buah yang sedap, Alpukat (Avocado) dan durian belanda sebutan dalam bahasa mereka aku dah lupa. Hehe. Selesai membeli-belah, kami mintak driver bajaj tu hantar kami semula ke hotel. By the way, di Bandar Jakarta aku tak banyak ambil gambar. Esoknya kami akan ke Kota Tua

to be continued...



0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member