Kellie's Castle "Epitome Of An Undying Love"

Sambungan dari hari ke 2

Perjalanan dari Ipoh ke Batu Gajah mengambil masa kira-kira 30 minit, tu pun sebab tersesat. Hehehe. Kami keliru nak masuk jalan yang mana lepas traffic light tu. Kebetulan pulak trafic light tengah merah dan kami bertanya sorang pakcik yang bawak motor tu. Terus pakcik tu cakap "jom ikut pakcik". Lampu hijau, jalan.. sepanjang perjalanan ke Kellies Castle ia cuma dihiasi dengan pokok kelapa sawit kiri dan kanan, aku terperasan kat tepi jalan berdekatan dengan Kellie's Castle tu terdapat sebuah kuil Hindu. Kat atas bumbung kuil tu terdapat satu patung orang Inggeris. Aku ada ambil gambar, tapi tak berapa jelas maklumla dalam kereta. Kenapa ada patung orang Inggeris kat kuil tu? Meh aku bagitau.

Menurut si pencerita, dahulu pemilik ladang ni adalah orang British kalau tak salah aku. Nama dia Sir William Kellie Smith. Pada suatu hari, dia jatuh sakit. Sakitnya tak sembuh sepenuhnya, lalu Sir William menceritakan masalahnya kepada salah seorang pekerjanya yang berbangsa India dan pertanyaan itu diusulkan kepada seorang sami. Menurut sami tu, dia sakit kerana dia tak pernah membuat amal sepanjang hidupnya, lalu sami tu mencadangkan supaya Sir William membina sebuah kuil. Sir William bersetuju untuk membina kuil tersebut. Sebagai menghargai jasa Sir William, mereka meletakkan patung orang Inggeris sebagai peringatan dan penghargaan kepada Sir William. Sila lihat gambar dibawah... Dalam bulatan tu la patung orang Inggeris tu.

Kuil yang dibina oleh Sir William..
Akhirnya kami sampai di Kellie's Castle. Parking pun tak berapa banyak sebab ada construction. Kalau tak silap aku, cerita Nilapura TV3 dulu tu shooting kat sini la untuk istana diraja dia. Harga tiket masuk ke Kellie's Castle adalah RM4 seorang. Aku tengok tak berapa ramai orang sangat. Maybe orang-orang kat situ dah jemu melawat Kellie's Castle dan lagipun mereka lebih suka melancong ke luar negeri. Hehehehe...

Dah beli tiket.. jom kita masuk
Pandangan depan Kellie's Castle
Kami mula meneroka istana yang separuh siap ni. Menurut sumber bangunan ini dibina sebanyak 3 tingkat mengikut Istana Moghul, di bandar Agra, India. Sir William ni berasa dari disebuah desa Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Beliau merantau ke Tanah Melayu pada tahun 1890. Korang boleh baca sejarah istana ni kat sini


Istana ini dibina atas dasar cinta yang tak pernah padam kepada isterinya. Menurut sejarah lagi, Sir William membina istana ini kerana bersyukur mendapat seorang anak lelaki yang akan menjadi pewaris hartanya. Sila baca sejarahnya disini. So.. layan gambar aje la ye. Malas nak tulis banyak.

Koridor yang dikatakan berhantu...eeeiiiiii...

Shortcut ke Kuil




kat atas ni tempat buat BBQ katanya tapi view cantik...


Agak lama kami berada disini. Dah puas meneroka istana separuh siap ni, perut pon dah lapar. Jadi Suhaili nak bawa kami sebuah restoran. Nama restoran tu, Restoran Maxwell. Sebelum keluar dari kawasan istana ni, kami sempat membeli souviner berupa fridge magnet.

Magnet Peti Ais..


0 comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Member