Sarapan di Ipoh....

Hari Kedua

Sambungan daripada cerita sebelumnya

Hari ni merupakan hari ke-2 yakni hari terakhir kami berada di Ipoh. Sebenarnya Ipoh ni memang menarik juga. Ipoh terkenal dengan Limau Abong atau Limau Bali. Tapi, bila kami ronda-ronda Ipoh tak nampak pulak limau ni. Maybe kami pergi salah tempat, tapi Suhaili cakap limau tu banyak kat pasar, tapi aku tak heran sangat limau ni sebab aku bukanlah penggemar limau Abong yang tegar. 

Pagi tu kami checkout agak lewat. Lepas mandi dan solat subuh, Suhaili tidur balik. Aku dan Ena, bersembang sambil baring-baring. Aku tengok jam baru pukul 7am. Sejam jugak la kami bermalas-malas diatas katil. Jam dah pukul 8am. Aku tengok Suhaili dah bangun. Aku dan Ena bersiap-siap untuk checkout. Sementara menunggu Suhaili siap, aku dan Ena turun ke hall. Sambil-sambil tengok tv, kami bersarapan jajan yang dibeli semalam. Kami checkout jam 9am.

Suhaili membawa kami ke sebuah foodcourt. Kalau tak salah aku, tempat makan ni ada menara jam. Katanya disini terdapat roti telur yang sangat sedap.. Kami memang suka makan dan suka jalan-jalan. So.. breakfast kami pada hari tu adalah roti telur dan roti banjir.

Menara jam
Roti telur yang sedap...
Roti canai banjir
Roti canai banjir ni rasa dia biasa aje, tapi aku suka roti telur tu. Aku tak pernah makan roti ngan kicap tapi ni first time makan macam tu. Yang bestnya, walaupun dah letak lada sulah dan kicap, rotinya tetap garing dan lemak mentega amat terasa. Sedap!! Korang mesti try kalau datang sini. Sambil breakfast, kami berbincang aktiviti lepas ni. Kami akan ke Batu Gajah untuk melawat Kellie's Castle.


2 comments:

  1. bersarapan kat mana ni? saya pun selalu gak gi ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure la kat mana, tapi kat menara jam tu la..
      hehehe...

      Delete

 

Popular Posts

Member